Laman

Minggu, 05 Desember 2010

Gunung berapi

Gunung berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan extrusion of rock yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.
Gunung berapi biasanya terdapat di mana plak tetonik berpisah atau bertembung. Rabung tengah laut, seperti Rabung Tengah Atlantik (Mid-Atlantic Ridge), adalah contoh plak tetonik berpisah; Lingkaran Api Pasifik pula mempunyai contoh gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan plak tetonik. Sebaliknya, gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis (di kenali sebagai gunung berapi antaraplat bukan titik panas), seperti di Lembah Rift Afrika (African Rift Valley), Rhine Graben Eropah dengan gunung berapi Eifelnya, Lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater dan Rio Grande Rift di Amerika Utara.
Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas; titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak, seperti kepulauan Hawai. Amat menarik, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu.

Isi kandungan

[sorok]

[sunting] Lokasi

[sunting] Capahan sempadan kepingan Bumi

Di permatang tengah laut, dua keping tektonik mencapah sesama sendiri. Kerak lautan baru terbentuk dari batu cair yang perlahan-lahan menjadi sejuk dan mengeras. Di tempat ini, kerak Bumi agak nipis disebabkan tarikan kepingan tektonik. Pembebasan tekanan akibat kerak nipis mendorong kepada pengembangan Adiabatik, dan kerak menjadi separa cair. Pencariran ini menghasilkan gunung berapi dan menghasilkan kerak laut yang baru. Bahagian utama rabung tengah lautan terdapat didasar laut, dan kebanyakan aktiviti gunung berapi adalah dibawah laut. Perasap hitam (Black smoker) adalah contoh biasa aktiviti gunung berapi jenis ini. Di mana rabung tengah lautan muncul di atas permukaan laut, gunung berapi seperti Hekla di Iceland terbentuk. Capahan sempadan kepingan bumi menghasilkan dasar laut baru dan kepulauan gunung berapi.

[sunting] Pertembungan sempadan kepingan Bumi

Zon subduksi, sebagaimana ia dikenali, adalah tempat di mana dua kepingan kerak Bumi, biasanya kepingan kerak lautan dan kepingan benua, bertembung. Dalam kes ini, kepingan lautan mendap, atau tenggelam di bawah kepingan benua membentuk jurang dalam lautan dipinggir pantai. Kerak ini kemudiannya dicairkan oleh haba dari kerak dan membentuk magma. Ini disebabkan kandungan air merendahkan tahap cair. Magma yang terhasil di sini cenderung menjadi amat likat disebabkan kandungan silikanya yang tinggi, dengan itu sering tidak sampai pada permukaan dan mengeras jauh di dalam Bumi. Apabila Sekiranya ia tiba pada permukaan, gunung berapi terhasil. Jenis biasa bagi gunung berapi jenis ini adalah gunung berapi di Lingkaran Api Pasifik, Gunung Etna.

[sunting] Titik panas

Titik panas tidak terletak pada rabung kepingan tektonik, tetapi pada pluma mantel, di mana perolakan Bumi mantel menghasilkan turus bahan panas yang naik sehingga sampai pada kerak, yang cenderung lebih nipis berbanding kawasan lain di Bumi. Suhu pluma menyebabkan kerak cair dan membentuk paip, yang membebaskan magma. Disebabkan kepingan tektonik bergerak, manakala turus mantel kekal pada tempat yang sama, setiap gunung berapi menjadi tidur selepas beberapa lama dan gunung berapi baru terbentuk setelah kepingan Bumi bergerak di atas titik panas. Kepulauan Hawai dipercayai terbentuk dalam bentuk itu, dan juga Dataran Sungai Ular (Snake River Plain), dengan Kawah Yellowstone merupakan bahagian terkini kepingan Amerika Utara berada atas titik panas.

[sunting] Ciri-ciri gunung berapi

Pemahaman paling biasa mengenai gunung berapi adalah gunung berbentuk kon, menghambur lava dan gas beracun dari kawah gunung berapi dipuncaknya. Gambaran ini hanya menggambarkan satu dari pelbagai jenis gunung berapi, dan ciri-ciri gunung berapi adalah lebih sukar. Struktur dan perangai gunung berapi bergantung kepada beberapa faktor. Sesetengah gunung berapi mempunyai kemuncak bergerigih dibentuk oleh kubah lava dan bukannya kawah puncak, sementara yang lain menunjukkan ciri-ciri permukaan bumi seperti tanah tinggi rata yang besar. Lohong yang mengeluarkan bahan gunung berapi (lava, iaitu magma yang keluar kepermukaan, dan abu gunung berapi dan gas kebanyakannya wap dan gas magma boleh didapati dimana-mana sahaja di kawasan tersebut. Kebanyakan lohong ini menghasilkan kon lebih kecil seperti Pu'u 'Ō'ō di sisi gunung berapi Kīlauea, Hawai.
Indonesia - Lombok: Gunung Rinjani - meletus 1995
Gunung berapi jenis lain termasuk gunung berapi cryo (atau gunung berapi air batu), terutama di bulan bagi Jupiter, Saturn dan Neptune; dan gunung berapi lumpur, yang pembentukannya kebanyakannya tidak berkait dengan aktiviti magma yang diketahui. Aktiviti gunung berapi lumpur biasanya membabitkan suhu yang jauh lebih rendah berbanding gunung berapi igneous, kecuali apabila gunung berapi lumpur sebenarnya merupakan lohong gunung berapi igneous.

[sunting] Gunung berapi perisai

Lava menjulur merentasi jalan di Kalapana disebelah timur zon rift gunung berapi Kīlauea di Hawai.
Hawai dan Iceland merupakan contoh tempat di mana gunung berapi mengeluarkan sejumlah besar lava batu basaltik yang beransur-ansur membina gunung lebar berbentuk perisai. Aliran lavanya biasanya amat panas dan cair, menyumbang kepada aliran jauh. Lava perisai terbesar di dunia, Mauna Loa, tersergam lebih 9,000 m dari aras laut, adalah 120 km diameter dan membentuk sebahagian Pulau Besar Hawai, bersama gunung berapi perisai lain seperti Mauna Kea dan Kīlauea. Olympus Mons adalah gunung berapi perisai terbesar di Marikh, dan gunung tertinggi yang diketahui dalam sistem suria. Versi lebih kecil gunung berapi perisai termasuk kon lava, dan timbunan lava.
Letupan senyap menyebarkan lava basaltik dalam lapisan rata. Mendakan lapisan ini membentuk gunung berapi lebar dangan sisi landai yang dikenali sebagai gunung berapi perisai. Contoh gunung berapi perisai adalah Kepulauan Hawai.

[sunting] Kon bara (Cinder)

Gunung berapi kon atau kon bara terhasil dari letupan yang melontar keluar kebanyakannya kepingan kecil scoria dan piroklastik (keduanya menyerupai bara, dengan itu nama gunung berapi jenis ini) yang bertimbun disekeliling lohong. Ia boleh membentuk letupan singkat yang membentuk bukit berbentuk kon setinggi 30 hingga 400 m. Kebanyakan kon bara meletus hanya sekali. Kon bara mungkin membentuk lohong sisi pada gunung berapi lebih besar, atau bersendirian. Parícutin di Mexico dan Kawah Sunset di Arizona adalah contoh kon bara.

[sunting] Gunung berapi Strato (Stratovolcanoes)

Berbeza dengan pāhoehoe, Aa adalah istilah berasal dari Polynesian, disebut Ah-ah, bagi aliran lava yang berceranggah, kasar
Gunung berapi Strato (Stratovolcanoes) adalah gunung kon tinggi terdiri daripada aliran lava dan luahan lain dalam lapisan berselang, lapisan yang memberikan namanya. Gunung berapi Strato juga dikenali sebagai gunung berapi sebatian. Contoh klasik termasuk Gunung Fuji di Jepun, Gunung Mayon di FIlipina, dan Gunung Vesuvius dan Stromboli di Itali.

[sunting] Gunung berapi Super

Gunung berapi Super adalah istilah popurlar bagi gunung berapi besar yang biasanya mempunyai kawah yang besar dan mampu menghasilkan kemusnahan besar kadang-kala pada skala benua. Letupan sebegitu mampu menyebabkan penurunan suhu dunia bagi beberapa tahun berikutnya disebabkan jumlah besar belerang dan abu yang dikeluarkan. Ia mungkin gunung berapi jenis paling merbahaya. Contoh termasuk Kawah Yellowstone di Taman Kebangsaan Yellowstone, Tasik Taupo di New Zealand dan Tasik Toba di Sumatra, Indonesia. Gunung berapi super sukar dikenal pasti berabad berikutnya, disebabkan kawasan yang luas yang diselitupinya. Daerah batu igneous besar juga dianggap gunung berapi super disebabkan jumlah besar lava basalt yang terhasil.

[sunting] Gunung berapi bawah laut (Submarine)

Lava bantal (Pillow lava) (NOAA)
Gunung berapi bawah laut adalah ciri-ciri biasa pada dasar laut. Sesetengah adalah aktif dan pada laut cetek, menunjukkan kehadirannya dengan melontar wap dan serpihan batu tinggi dari permukaan laut. Kebanyakan yang lain terletak amat dalam sehinggakan tekanan air yang amat berat di atas mereka menghalang letupan pembebasan wap dan gas, sungguhpun ia boleh dikesan melalui hidrofon dan petukaran warna air kerana gas gunung berapi. Letupan bawah laut yang besar sekalipun mungkin tidak mengocak permukaan laut. Disebabkan kesan menyejuk air yang pantas berbanding udara, dan peningkatan daya timbul, gunung berapi bawah laut seringkali membentuk tiang menegak pada lohong gunung berapinya berbanding gunung berapa di daratan. Setelah beberapa lama, ia mungkin timbul pada permukaan laut sebagai pulau yang baru. Lava bantal adalah hasil letupan biasa bagi gunung berapi bawah laut.

[sunting] Gunung berapi Subglasial

Herðubreið, salah satu tuya di Iceland
Gunung berapi subglasial terbentuk di bawah tutup air batu. Ia terdiri dari lava rata mengalir atas lava bantal dan palagonite yang tebal. Apabila tutup air batu cair, lava bahagian atas roboh meninggalkan gunung rata dibahagian atas. Kemudian lava bantal turut roboh, memberikan sudut 37.5 darjah. Gunung berapi ini turut dikenali sebagai gunung meja, tuya atau (kurang biasa) mobergs. Contoh baik bagi gunung berapi jenis ini boleh dilihat di Iceland, bagaimanapun tuya turut terdapat di British Columbia. Asal istilah ini datang dari Tuya Butte, yang merupakan salah satu dari beberapa tuya di kawasan Sungai Tuya dan Banjaran Tuya di utara British Columbia. Tuya Butte merupakan salah satu bentuk mukabumi yang dianalisa dan dengan itu namanya digunakan dalam penulisan geologi bagi pembentukan gunung berapi jenis ini. (Tuya Mountains Provincial Park) baru-baru ini ditubuhkan bagi melindungi muka bumi yang luar biasa ini, yang terletak di utara Tasik Tuya dan selatan Sungai Jennings berhampiran sempadan Jajahan Yukon.

[sunting] Bahan luahan

[sunting] Komposisi lava

Satu cara lain mengelaskan gunung berapi adalah melalui komposisi bahan luahan (lava), kerana ia memberi kesan kepada bentuk gunung berapi. Lava boleh dikelaskan kepada 4 komposisi berlainan (Cas & Wright, 1987):
  • Sekiranya magma letupan mengandungi peratusan besar (>63%) silica, lava ini dikenali sebagai felsik.
    • Lava Felsik (atau rhyolite) cenderung menjadi amat likat (tidak begitu cair) dan meletup sebagai kubah atau aliran putung pendek. Lava likat cenderung membentuk gunung berapi strato atau kubah lava. Puncak Lassen di California merupakan contoh gunung berapi terbentuk oleh lava felsic dan merupakan kubah lava yang besar.
    • Disebabkan magma bersilikon amat likat, ia cenderung memerangkap gas mudah meletup yang ada, yang menyebabkan magma meletup dengan dasyat, akhirnya membentuk gunung berapi strato. Aliran piroklastik (ignimbrite) merupakan hasil amat merbahaya dari gunung berapi sebegitu, disebabkan a terdiri dari abu gunung berapi cair yang terlalu berat untuk pergi tinggi keatmosfera, dengan itu ia mengikuti lereng gunung berapi dan bergerak jauh dari lohong asal semasa letupan besar. Suhu setinggi 1,200 °C diketahui berlaku dalam aliran piroklastik, yang akan menghanguskan semua benda yang boleh terbakar dalam laluannya dan lapisan tebal mendakan aliran piroklastik boleh terbentuk, sering kali sehingga ketebalan beberapa meter.
    • Disebabkan magma bersilikon amat likat, ia cenderung memerangkap gas mudah meletup yang ada, yang menyebabkan magma meletup dengan dasyat, akhirnya membentuk gunung berapi strato. Aliran piroklastik (ignimbrite) merupakan hasil amat merbahaya dari gunung berapi sebegitu, disebabkan a terdiri dari abu gunung berapi cair yang terlalu berat untuk pergi tinggi keatmosfera, dengan itu ia mengikuti lereng gunung berapi dan bergerak jauh dari lohong asal semasa letupan besar. Suhu setinggi 1,200 °C diketahui berlaku dalam aliran piroklastik, yang akan menghanguskan semua benda yang boleh terbakar dalam laluannya dan lapisan tebal mendakan aliran piroklastik boleh terbentuk, sering kali sehingga ketebalan beberapa meter.
  • Sekiranya letupan magma mengandungi 52-63% silika, lava ini dikelaskan sebagai sebatian "serdahana".
  • Sekiranya letupan magma mengandungi <52% dan >45% silika, lava ini dikenali sebagai mafik (disebabkan ia mengandungi peratusan magnesium (Mg) dan besi (Fe)) atau basalt yang lebih tinggi. Lava ini biasanya kurang likat berbanding lava rhyolitik, bergantung kepada suhu letupannya; ia juga cenderung lebih panas berbanding lava felsik. Lava Mafic wujud dalam keadaan yang luas:
  • Sesetengah letupan magmas mengandungi <=45% silika dan menghasilkan lava yang dikenali sebagai ultramafik. Aliran ultramafik, juga dikenali sebagai komatite, amat jarang; malah, hanya beberapa letusan pada permukaan Bumi semenjak Proterozoik, apabila suhu aliran planet adalah lebih tinggi. Ia adalah lava terpanas, dan kemungkinannya lebih cair berbanding lava mafik biasa.

[sunting] Tekstur Lava

Dua jenis lava dinamakan menurut tekstur permukaan: ʻAʻ (sebutan IPA [ʔaʔa]) dan pāhoehoe (sebutan [paːho͡eːho͡eː]), kedua perkataan berasal dari bahasa Hawai. ʻAʻ bercirikan permukaan kasar, berkedut (clinkery) dan merupakan bentuk kebanyakan lava paling likat dan panas. Bagaimanapun, aliran basaltik atau mafik boleh meletus sebagai aliran ʻaʻ, terutamanya sekiranya kadar letupan adalah tinggi dan lerengnya adalah tajam. Pāhoehoe bercirikan permukaan licin dan bertali atau berkedut dan biasanya terbentuk hasil aliran lava cair. Biasanya hanya aliran mafik akan meletus sebagai pāhoehoe, disebabkan ia sering meletus pada suhu lebih tinggi atau mempunyai kandungan kimia yang membenarkan ia mengalir dengan lebih cair.

[sunting] Volcanic activity

A volcanic fissure and lava channel.
Mount St. Helens in May 1980, shortly after the eruption of May 18


Gunung berapi Mahameru berasap di Pulau Jawa di Indonesia.
Gunung berapi adalah suatu proses geologi yang melibatkan pembentukan daratan yang dijana daripada letusan menerusi permukaan planet dipanggil magma, batuan cair yang meleleh keluar daripada bahagian dalam (interior) planet. Bentuk-bentuk gungung berapi yang lain termasklah gunug berapi ais (seperti yang wujud pada bulan-bulan Musytari, Zuhal dan Neptun) dan bentuk gunung berapi lumpur. Di bumi,gunung berapi cenderung untuk wujud di permukaan plat-plat kerak numi. Pengecualian penting yang wujud dalam tompok-tompok panas gunung berapi, yang wujud pada lokasi-lokasi yang jauh daripada sempadan-sempadan plat; tompok-tompok panas gunung berapi ini juga dijumpai dalam sistem solar, terutamanya pada planet-planet dan bulan-bulan yang berbatu-batu.
Gunung berapi yang dipanggil sebagai volcano dalam bahasa Inggeris dikatakan berasal daripada Vulcano, satu pulau gunung berapi di kepulauan Aeolian, Itali yang mana namanya berasal daripada Vulcan, nama dewa api dalam mitos Roman. Ilmu mempelajari gunung berapi dipanggil bidang volkanologi.
Gunung berapi terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi gunung berapi yang paling dikenali adalah gunung berapi yang berada di sepanjang Lingkaran Api Pasifik. Lingkaran Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plat tektonik.

[sunting] Jenis-jenis gunung berapi

Gunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya. Gunung berapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif, menjadi pendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati. Bagaimanapun gunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh 610 tahun sebelum bertukar menjadi aktif semula. Oleh itu, sukar untuk menentukan keadaan sebenar sesuatu gunung berapi itu, samada sesebuah gunung berapi itu berada dalam tempoh pendam atau telah mati.
Apabila gunung berapi meletus, magma yang terkandung di dalam kamar magma di bawah gunung berapi meletus keluar sebagai lahar atau lava. Selain daripada aliran lava, kemusnahan oleh gunung berapi disebabkan melalui pelbagai cara seperti berikut :-
  1. Aliran lava.
  2. Letusan gunung berapi.
  3. Aliran lumpur.
  4. Abu.
  5. Kebakaran hutan.
  6. Gas beracun.
  7. Gelombang tsunami.
  8. Gempa bumi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar